Statistik Murtad: Satu Penilaian

Maklumat ini telah saya peroleh dari laman web rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang bertarikh 16 Jun 2011. Kebimbangan semakin dirasai bila mana cuba mengamati bilangan permohonan untuk keluar daripada Islam.

Mari kita renungi bersama. Kenapa peristiwa sebegini boleh berlaku? Apakah kerana faktor tidak memahami terhadap Islam atau kurangnya qudwah islamik dalam kehidupan yang dipamerkan oleh masyarakat Islam di Malaysia?

 

Pelancaran SPKGD rintis dimensi baru permuafakatan gerakan dakwah

 

KAJANG, 15 Jun – Sekretariat Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Dakwah (SPKGD) yang dianggotai tiga organisasi dakwah di negara ini iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) telah dilancarkan dengan rasminya malam tadi.

Majlis pelancaran sekretariat ini telah disempurnakan oleh barisan pimpinan daripada ketiga-tiga NGO tersebut di Dewan Besar Kolej Dar al Hikmah, Sungai Ramal Dalam di sini.

Antara yang hadir ialah Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman (Presiden ISMA), Dr Muhammad Razak Idris (Presiden ABIM), Prof. Madya Dr. Abdul Karim bin Ali (Naib Yang Dipertua I PUM), Prof. Madya Dr. Fauzi bin Deraman (Naib Yang Dipertua II PUM) dan Tn. Hj. Aminuddin Yahaya (Timbalan Presiden ISMA).

Detik-detik yang penuh bersejarah ini turut disaksikan oleh lebih 200 hadirin yang rata-ratanya terdiri daripada para ahli dan aktivis ISMA, ABIM dan PUM.

Dalam ucapan pengenalan SPKGD oleh Tn. Hj. Aminuddin, beliau menjelaskan bahawa sekretariat ini ditubuhkan atas kesedaran bahawa usaha pengislahan masyarakat Islam tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh hanya sesebuah organisasi, sebaliknya memerlukan usahasama yang berterusan daripada gerakan-gerakan dakwah yang wujud.

Majlis ini turut diserikan dengan acara forum bertajuk ‘Ke Arah Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Islam: Realiti & Harapan’ yang membariskan Dr Muhammad Razak, Ustaz Abdullah Zaik dan Dr Mohd Roslan Md Nor (Setiausaha Agung PUM).

“Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”

Mohd Firdaus Sabturani,
Ketua Pengarang,
Media ISMA

Bilakah Israel akan tersungkur?

Pada tahun ini, kita sebagai orang Islam telah melihat sendiri bagaimana usaha-usaha yang dilaksanakan oleh golongan kuffar semakin hari semakin rapuh. Lihatlah peristiwa bila mana, jatuhnya rejim mubarak di Mesir. Subhanallah, inilah petanda daripada Allah kepada kita untuk terus istiqamah dalam dakwahnya.

Kita juga dikhabarkan dengan suatu berita yang sudah lama menjadi harapan, bila mana saudara kita di Palestin, Hamas dan Fatah telah bersetuju untuk bekerjasama membangunkan Palestin. Subhanallah….

Maka rentetan daripada ini, rejim zionis merasakan tidak selesa bila berhadapan dengan situasi ini. Mereka hampir buntu. Baru tadi, saya mengikuti berita palestin di laman web aman palestin, menyiarkan usaha Benjamin Netanhayu (Perdana Menteri Zionis Israel) bersedia untuk memproses pertukaran dengan Palestin tetapi dengan satu syarat. Palestin hendaklah mengakui negara yahudi dan memutuskan hubungan dengan Hamas.

Jika anda sebagai rakyat Palestin, apakah reaksi anda terhadap pernyataan ini?